Saturday, November 7, 2009

Pemilihan pad yg betul..

Pentingnya pemilihan pad yg betul..

Surat khabar dan majalah sering melaporkan berkaitan dengan kesihatan dan anda akan kerap kali juga membaca berbagai masalah sakit puan yang dihidapi kaum wanita, sehingga ramai orang menganggap sakit puan adalah perkara biasa bagi wanita. Sebenarnya, apa yang diutarakan hanyalah oleh sebilangan kecil wanita sahaja kerana ramai yang lebih suka merahsiakan penyakit-penyakit berkaitan alat sulit dan sistem peranakan kerana berasa malu. Berapa kerap anda mendengar kawan-kawan anda mengadu dia mengidap gatal-gatal dan keputihan atau kekuningan?

Ada yang manahan kepedihan kerana melecet-lecet akibat digaru, ada yang sampai tak boleh tidur / duduk dengan selesa... tapi malu mendapatkan rawatan. Jika telah dirawat pun perkara begini seringkali berulang lagi. Alat sulit adalah bahagian yang paling disukai oleh bakteria dan kulat/fungus untuk bertapak dan membiak kerana bahagian ini sentiasa lembab dan terlindung. Cuba anda lihat betapa banyak produk cucian faraj dijual di pasaran secara terbuka.

Kuman boleh memasuki faraj ketika wanita mencuci najis dengan air, dengan menyapu tangannya dari belakang ke depan dan secara tidak langsung mengibas air yang dicemari najis ke arah alat sulitnya. Cara jangkitan lain ialah ketika bersama suami, apabila alat sulit suami tidak dicuci bersih atau tergesel lubang najis isteri. Setelah melakukan hubungan kelamin wanita amat mudah mendapat jangkitan. Bau najis misalnya adalah hasil dari tindakbalas kuman dan sisa makanan dalam usus. Jika kuman yang sama secara tidak sengaja termasuk ke dalam faraj, sudah tentu ia akan membiak dan menghasilkan cecair faraj yang berbau. Keadaan ini dikenali sebagai bacterial vaginosis dan jika jangkitan itu kekal kemungkinan ia akan mengakibatkan masalah kesuburan seperti keguguran janin dan keradangan selaput dalam rahim atau endometrium.

Ramai wanita mengidapi berbagai masalah ketika haid, ketika bersalin, ketika menopaus dan pada waktu-waktu lain juga tanpa mengira usia. Selain ketidakseimbangan hormon, faktor utama adalah jangkitan bakteria dan kulat/fungus. Jangkitan ini bukan setakat di luar tetapi menular hingga ke bahagian dalam sistem peranakan wanita. Salah satu punca kanser rahim dan ovari adalah kerana jangkitan bakteria. Bakteria boleh merosakkan sel-sel dan menimbulkan berbagai komplikasi.

Ketika wanita di datangi haid bulanan atau selepas bersalin/ keguguran, wanita akan menggunakan tuala wanita. Takungan darah di tuala wanita itu menggalakkan pembiakan bakteria kerana kandungan protein darah menjadi sumber makanan bakteria. Selepas memakai tuala wanita beberapa jam, wanita akan terasa gatal-gatal di bahagian faraj, malah selepas habis haid ramai wanita mendapat jangkitan pundi kencing menyebabkan kesakitan dan kerap buang air kencing. Jangkitan yang teruk dan berulang serta jika ditambah faktor daya ketahanan badan yang lemah akan mengakibatkan wanita berkenaan terdedah kepada risiko mengidap penyakit yang lebih teruk seperti turun darah berterusan, ovarian cyst, endometriosis, kanser dan sebagainya.

Beberapa hasil ujian yang dilakukan di negara barat membuktikan terdapat bahan toksik dalam tuala wanita biasa. Selain dari takungan darah yang menjadi punca pembiakan bakteria, kandungan dalam tuala wanita tersebut sendiri mendedahkan wanita kepada risiko penyakit yang digeruni tanpa disedari. Berapa ramai wanita yang sedar bahawa tuala wanita diperbuat daripada gentian/serbuk pulpa kayu yang diputihkan dengan bleaching (klorok)?

Bleaching/klorok adalah asid peluntur yang biasa digunakan semasa mencuci pakaian atau lantai rumah. Asid ini apabila di lekatkan pada kulit seperti difaraj, ianya akan menyerap masuk ke dalam sel-sel tubuh badan dan lama kelamaan akan terkumpul dan boleh memudaratkan rahim.

Rata-rata wanita fikir semua tuala wanita diperbuat daripada kapas asli kerana ia berwarna putih. Kandungan dioksin / toksik yang tertinggal dalam tuala wanita biasa boleh meresap masuk ke dalam tubuh si pemakainya dan kemudian tersimpan dan terkumpul di dalam sel lemak badan. Ini boleh menimbulkan kerosakan/penyakit yang serius dan membawa maut. Pengguna berhadapan dengan risiko lemah sistem imuniti, radang pelvik, kurang subur serta ia turut menjejaskan perkembangan dan kesihatan janin dalam kandungan.

Tuala wanita biasa yang berasaskan pulpa kayu juga mengandungi bakteria. Walaupun penyelidikan yang telah dibuat tidak dapat betul-betul membuktikan sejauh mana tahap bahaya dioksin dalam tuala wanita, tetapi banyak kajian yang mendapati memang terdapat dioksin dalam tuala wanita dan menyokong supaya penggunaan tuala wanita diperbuat daripada pulpa kayu dielakkan dan menggantikannya dengan tuala wanita daripada kapas asli.

Setiap wanita seharusnya disedarkan akan hal ini kerana wanita kini berhak membuat pilihan produk yang terjamin lebih selamat dan seterusnya berupaya meningkatkan tahap kesihatan mereka.

Dengan menyebarkan berita baik mengenai tuala wanita SuSen yang boleh didapati dengan kos yang berpatutan, kita sebenarnya membantu meningkatkan kesihatan kaum wanita dan menurunkan kadar penderitaan wanita terhadap ancaman berbagai masalah sakit puan yang semakin berleluasa di masa kini. SuSen merupakan tuala wanita terbaik dan seharusnya menjadi pilihan utama setiap wanita.

No comments:

Post a Comment