Saturday, November 7, 2009

wanita dan kesihatan..

cube bace dlu ape yg aku nak share ngan korang smue ni..
sbenarnye, ni slh 1 gak sbb aku nak sgt ada blog sendiri. aku suke share sesuatu yg aku ase penting utk kita smua tau.

Pad @ Tuala wanita. bnda ni mmg x asing lg dikalangan smue yg bergelar kaum perempuan, hawa, wanita, kakak, makcik.. n sure kaum lelaki pun tau kan.. Banyak sgt jenis pad yg terdapat kat pasaran skrg, masing2 mcm berlumba2 nak hasilkan produk yg baru, tanpa fikirkan tentang keselamatan para pengguna nya. aku berani ckp kat sini atas bacaan yg telah aku lakukan, pad yg terdapat di pasaran skrg, yg mcm2 jenama tu(xyah la nk mention satu2)sebenarnye beracun. jom kite cek kat bwh ni..

Sejarah Dalam Pembuatan Tuala Wanita Biasa




Sebenarnya yang ada di pasaran tu, bukan 100% kapas. Dia diperbuat dari serbuk kayu pulpa. Serbuk kayu yang digunakan untuk membuat kertas dan
tisu (sebab tu bila kita selsema, dr tak bagi kita lap flu kita dengan tisu bimbang habuk dari tisu meresap masuk dalam rongga hidung. Itu baru hidung, bagaimana pula faraj yang amat sensitif) Proses melembutkan serbuk kayu ni tadi bermula dan proses memutihkan tuala wanita tu memerlukan beberapa bahan kimia untuk pelunturan warna. Mereka menggunakan bahan peluntur yang paling kuat, merendam dengan clorox dan beberapa bahan kimia lain. Sesetengah bahan kimia ni tadi masih tinggal dalam tuala wanita tu dalam proses pembuatan dan pelunturan tu. Selepas tu baru dibilas, dan digembur untuk menaikkan rasa gebu pada tuala wanita tu. Sebab tu bila kita pakai, terasa gemuk dan tebal sebab proses penggemburan tu tadi. Selepas tu mana−mana syarikat tuala wanita mengambil bekalan tersebut dan mula mem’paten’kan tuala wanita mengikut paten masing2. Dah siap dipaten, dipasar dan dijual kepada pengguna dan pengguna seawal umur 10 tahun memakai pad ni tadi tanpa menyedari kesan dan ancaman toksin yang akan dihadapi pada masa depan. Jadi kita yang memakainya dah pasti terdedah kepada ancaman tersebut. Bayangkan bila usia menginjak 10thn dah mula pakai tuala wanita yang ada toksin. Bahan2 kimia yang tertinggal tadi mula menyerap masuk dlm salur peranakan yg amat sensitif (sebagaimana habuk tisu masuk dlm rongga hidung). Bila usia 30thn, kita dah menggunakan tuala wanita bertoksin selama 20thn. Keadaan ini yang menyebabkan masalah bau, lendir putih, kuning dan macam2 lagi. Lebih teruk lagi ini mengakibatkan masalah wanita seperti fibroid, barah pangkal rahim, putaran haid tidak menentu (masalah kesuburan) semuanya berpunca dari sisa toksin ni tadi.

Dulu kita tiada pilihan, dari pemakaian kain tuala ‘good morning’, kain batik yang digunting kecil yang dipakai mak dan nenek2 kita. Masa berubah, teknologi semakin canggih, ibarat telefon bimbit dari sebesar−besar kayu balak ke sekecil−kecil 2jari. sekarang kita ada pilihan kepada yang lebih baik. Dapat menyedut kembali segala macam bauan, lendir, keputihan serta menyembuhkan masalah wanita. Selain keistimewaanya yang pelbagai guna kepada kanak2 dan wanita berumur serta lelaki, kita ambil kesempatan ini untuk merawat penyakit dalaman yang kita sendiri tak sedari. Walaupun kita sihat, ada zuriat, apa salahnya kita beralih menggunakan tuala wanita yang memang terbukti banyak keistimewaan dan khasiatnya. Harganya mungkin mahal sedikit berbanding yang biasa terdapat di pasaran. Tapi apa yang lebih penting kesihatan dan penjagaan alat reproduktif wanita itu sendiri.

Dah bace? aku amik artikel ni pun dlm internet gak..cube la kita same2 fkir kan ye..
Hope dapat la membuka mata semua org yg membaca blog aku ni (kalu ada la). hehe..

jgn risau, aku akan cari lg maklumat2 yg berkaitan utk kite same2 fikir kan..so, rajin2 la view blog aku ni..tenkiu..

No comments:

Post a Comment