Saturday, November 7, 2009

Kapas

Kapas
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Kapas merupakan gentian lembut yang terdapat disekeliling biji pokok kapas, pokok renek yang tempatan di kawasan tropika dan sub-tropika kedua-dua Dunia Lama dan Dunia Baru. Gentian ini biasanya dijadikan benang dan digunakan bagi menghasilkan tekstile yang lembut dan telus angin.


Mengutip kapas di Georgia
Kapas merupakan tanaman bernilai kerana hanya 10% daripada berat kasar hilang setelah diproses. Apabila kesan lilin, protin, dll. disingkir, bakinya merupakan polimer semulajadi daripada selulus tulin. Selulus ini diatur sebegitu rupa yang memberikan kapas ciri-ciri kekuatan, ketahanan, dan daya penyerap yang unik. Setiap gentian terhasil daripada dua puluh sehingga tiga puluh lapisan selulus terpilin dalam spring semulajadi yang tersusun kemas. Apabila bebola kapas (sarung benih) dibuka gentian tersebut dikeringkan menjadi leper, tergumpal, berbentuk ribon dan menjadi berkait sesama sendiri dan terikat. Bentuk ikatan ini sesuai bagi dipintal menjadi benang yang bagus.

No comments:

Post a Comment