Saturday, November 7, 2009

Tuala wanita dan Haid

Risiko wanita berumur dijangkiti penyakit faraj adalah setinggi 83%

? Dimana 62% daripadanya adalah disebabkan penggunaan tuala wanita berkualiti rendah

? Secara purata, seorang wanita memerlukan 3 hingga 6 hari sebulan bagi merawat jangkitan faraj

? Jika seorang wanita mula mendapat jangkitan faraj pada usia 20 tahun, beliau akan menghabiskan masa selama 6 tahun dlm seumur hidupnya utk mendapatkan rawatan.

? Tuala wanita yg berkualiti akan menghalang pelbagai penyakit yg berkaitan wanita sementara tuala yg berkualiti rendah boleh menyebabkan pelbagai jangkitan. Pada 2005, National Quality Control Department Negeri China menjalankan kajian terhadap tuala wanita di pasaran dan mendapati antara 56.7 peratus drpd pelbagai jenama tdk mencapai standard yg sepatutnya.

? Kebanyakan produk di pasaran menggunakan kertas kitar semula. Bahan mentah ini mengandungi plumbum yg tinggi, dijangkiti virus dan mikroorganisme semasa proses kitar semula dilakukan. Kesemua bahan ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna.

? Dari segi kesihatan, kulit manusia mengandungi nilai pH yg mengandungi fungsi imuniti. Tuala wanita yg banyak di pasaran sebenarnya mengandungi alkali yg tinggi yg akan menyebabkan alahan kulit, menyebabkan kondisi psikologi yg akan menyebabkan wanita menjadi kurang subur.

? Kandungan pengenalan: Tuala wanita yg dipamerkan biasanya dibungkus menggunakan plastik dan jika dibuka ia tidak boleh ditutup semula. Keadaan ini turut berlaku semasa proses pembungkusan di kilang di mana ia mudah tersentuh oleh tangan para pekerja dan ini boleh menyebabkan jangkitan .

Bagaimana memilih tuala wanita yang betul?

? Semasa haid kulit wanita pd bahagian faraj cukup sensitif. Kajian telah membuktikan bahawa 73 peratus wanita mengalami kegatalan pd bahagian sulitnya. Keadaan ini terjadi krn sering menggunakan tuala wanita yg tak serap udara - biasanya ia diperbuat dgn tiga lapisan² permukaan, lapisan serapan dan lapisan bawah. Ingatlah pemilihan tuala yg betul sangat perlu.

? Lapisan pertama tuala wanita bermutu tinggi sepatutnya mengandungi kapas dnan bahan serapan bagi mengelak kulit basah. Lapisan tengah mestilah memiliki bahan serap yg kuat agar cecair tdk mengalir keluar bagi mengelak rasa melekit. Ketiga, lapisan bawah mestilah serap udara. Keadaan ini akan menyebabkan bahagian yg lembab menjadi kering menyebabkan kulit tdk terjejas dan keadaan menjadi selesa.

? Menukar tuala wanita mengelakkan masalah. Berdasarkan keadaan fizikal istimewa seseorang wanita, tuala yg diguna menjadi rakan yg menyenangkan. Ingatlah jgn menggunakannya terlalu lama, elok ditukar dua jam sekali. Permukaan lapisan pertama mungkin tercemar jika tidak ditukar dalam tempoh lama dan menurut kajian bilangan bakteria bertambah 107 kali pd setiap padu sentimeter.

? Antara penyakit yg sering menyerang wanita tatakala haid ialah demam, rasa gatal pada alat sulit, celah kangkang, paha, menjejaskan pundi kencing dan boleh berlakunya jangkitan pd saluran kencing. Keadaan ini jika dibiarkan boleh menyebabkan seseorang diserang pelbagai penyakit serius yang lain.

Kesilapan yg biasa dilakukan semasa didatangi haid :

? Tdk membasuh tangan dgn betul semasa memakai tuala wanita. Semasa menukarnya kemungkinan kuman pd tangan akan meresap.

? Menyimpan tuala wanita dalam bilik air. Di negara kita kebanyakan bilik mandi gelap dan basah. Keadaan itu boleh membiakkan kuman pd tuala yg belum digunakan.

? Tdk memberi perhatian pd tarikh luput. Sebenarnya keperluan dari segi kebersihan tuala wanita tdk harus diabaikan dan perlu diketahui semakin hampir tarikh luput semakin berkurangan mutunya.

? Membelinya pd peringkat promosi. Biasanya jualan begitu membabitkan barangan bermutu rendah ataupun barangan lama yg mungkin telah menurun tahap kualitinya.

? Menggunakan produk di peringkat percubaan. Sememangnya dari masa ke semasa ada saja produk baru dikeluarkan menggunakan pelbagai konsep yang cukup menarik perhatian. Bahan yang digunakan tdk berkualiti dan ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kpd pengguna.

? Menggunakan tuala wanita mengandungi bahan perubatan dan pelbagai perisa. Kebanyakan doktor menasihatkan agar tidak menggunakan tuala yg berperisa kerana ia boleh menjejaskan kulit.

? Menggunakannya dlm tempoh lama. Utk wanita Asia, bilangan tuala yg digunakan lebih sedikit berbanding individu wanita Eropah dan Amerika. Menjimatkan wang dlm hal ini bukanlah suatu tindakan bijak. Sebaiknya gunakan tuala wanita hanya dlm tempoh dua jam.Selepas itu ditukar pada yang baru.

? Tuala yg mempunyai ketebalan luar biasa dgn harapan ia tak perlu ditukar selalu merupakan tindakan silap. Keadaan ini bahaya kerana ia boleh membiakkan kuman.

No comments:

Post a Comment